Friday, 8 February 2013

Mati itu pasti

 Bismillahirrahmanirrahim

Pagi Jumaat yang cerah,
seorang insan yang lemah ini melangkah masuk ke pusat tuisyen.

Terus belajar dan belajar.

Tepat jam 12 tengah hari, Fatini dan abah sudah menanti di luar pusat tuisyen. :)

"kakak, mak cik dah tak dak."
Ana sedikit terkejut. 
"eh? mak cik mana?"
"mak cik fiza la. Sungai petani."

Tiba-tiba ana terbayang wajah Airin, Alif, Adi.
Ya Allah, mesti anak-anak dia tecari-cari.
'mak mana?'
'kenapa mak tak balik?'



________________________________________________________

Selepas abah balik sembahyang jumaat,
baru kami sekeluarga bertolak ke Jenun.

Time sampai tu dah ramai adik-beradik yang dah ada.
Mak Uda, Mak Tam, Chik Oh, Chaq.

Langkah terus menuju ke arah jenazah.

Kain menutupi muka jenazah di selak ,
Ya Allah, mak cik tengah senyum.
Macam masih bernyawa lagi.
Benarlah, ini satu ganjaran bagi orang yang bersabar.
Ganjaran bagi orang yang teraniaya.

Dah siap mandikan jenazah dan dah dikafan,
ana dan sepupu-sepupu kesayangan ana yang comel macam ana sempat cium arwah mak cik.
Ya Allah, sejukkk. First time kot cium jenazah. 

Time nak pergi kubur, 
ana, kak ijan, kak pehah, nazifa, syazwana, dan sorang lagi taktauu nama (anak sedara mak cik) naik van jenazah sekali. (yang ini pun first time) mulut tak berhenti sedekahkan al fatihah buat mak cik.

gambaq tak clear, phone camera.


Alhamdulillah,
semua berjaya diuruskan.
Takziah buat keluarga mak cik.

Yang hidup pasti mati.
Kembali kepada Allah :)

__________________________

Pesanan buat sahabat-sahabat,
mati itu pasti akan terjadi,
cuma kita yang tak tau,
bila masanya.

muhasabah diri , sentiasa ingat kepada kematian :)

Wallahua'lam.

 

No comments: