Bismillahirrahmanirrahim
Terkadang, perasaan itu datang mengusik.
Mengusik jiwa yang kosong.
kosong tanpa vitamin hati,
kerana bibir sunyi tanpa zikrullah.
Ya Allah,
kuatkan hati hambamu ini .
berhenti mengharap cinta palsu,
bersabarlah wahai hati.
____________________________
Seringkali hati ini terusik dengan cinta manusia,
cinta yang tidak pasti berkekalan.
cinta yang mungkin menyakitkan.
Dan yang pastinya cinta yang tak pernah berbalas. :p
Bisik pada hati:
Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.
Buat apa sibuk mencari pada usia yang muda?
Bukankah pencarian itu hanya sia-sia?
Tanam dalam jiwa:
Cinta Allah yang perlu di cari,
perlu dikejar.
kerana ini cinta yang hakiki,
yang abadi selamanya.
Teruskan berdoa,
moga mendapat yang terbaik.:)
Mengharap kepada Allah adalah lebih baik,
Mencintai Allah adalah lebih baik.
*bertepuk sebelah tangan pun tak kan? kan?*
____________________
Ya Allah,
jaga hatiku.
jaga persaanku.
jaga perbuatanku.
Amin.
______
Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment