Bismillahirahmanirahim
Jam ditangan dikerling.
"ish,mana abah ni."
terdengar bunyi berdecit di situ.
sudah 10 minit kelas dah habis.
orang di pusat tuisyen ni pun dah balik semuanya.
tapi,abah masih tak sampai-sampai.
Afina mengerling jam di tangan buat kali kedua.
kemudian,mata diliarkan di jalan kecil di hadapan pusat tuisyen.
Eh! itu pun abah.
langkah terus menuju ke arah abah.
"kenapa abah lambat? Nana tunggu sorang kat sini. semua dah balik"
suara Afina agak nyaring.
Abah hanya tersenyum.
"jammed tadi. ada orang accident. Sorry,lambat sikit je."
Afina menarik muncung. Geram dengan abah!
____________________________
"eh,abah ! ada durian kat situ."
mata Afina tertumpu pada durian yang di jual di tepi jalan
"hujan ni. nak beli jugak ke?"
Afina mengangguk.
"dah lama tak makan durian. Nana teringin ni."
Abah tersenyum. teringin durian rupanya.
"okay,jap. nak pergi beli. Jangan lupa lock kereta ni."
Abah keluar dari kereta untuk membeli durian.
hujan renyai-renyai masih setia untuk turun ke bumi.
Afina memerhati abah yang sedang meredah hujan.
tiba-tiba,air mata mengalir.
"ya Allah, kenapa aku tergamak bersuara nyaring dengan abahku tadi. sedangkan abah lewat kerana ada accident di jalan. Bukan sebab abah pergi kedai mamak, lepak-lepak dengan kawan-kawan. Abah sanggup pergi beli durian untuk aku. Semata-mata untuk aku ya Allah. Tapi, kenapa aku tak boleh bersabar untuk 10 minit."
___________________________
Abah mengetuk cermin kereta.
Afina membuka lock kereta.
abah tersenyum.
"ni durian yang nana nak tu."
Afina tersenyum.
"terima kasih abah. Nana mintak maaf tertinggi suara tadi. Sayang abah."
Abah jugak tersenyum. Terus diusap kepala Afina.
"Abah pun sayang anak abah jugak."
No comments:
Post a Comment