Saturday, 10 November 2012

Aku sayang kau kerana Allah :)

Uhibbuki Fillah, Insyaallah :)



Hidung ditenyeh beberapa kali. eh, gatal laa. Mata terus dilarikan pada Fasha sedang duduk di bawah penjuru katil. Dahi Husna berkerut. 'Fasha nangis eh?'  Husna terus mendapatkan Fasha.
"kau kenapa Sha?"
Fasha menggeleng. Mata ditunduk rapat ke lantai.
"kau kawan aku and aku kawan kau. Kalau perlukan aku. pergi je kat katil aku tu okay?"
Husna kembali berdiri. Fasha mendongak ke atas dan menarik tangan Husna.
"Yasir dan aku dah putus."
Husna tersenyum. Kan senang bagitau dari tadi.
"Baguslah,kenapa kau sedih pulak?"
Fasha merengus. kerek la minah ni. boleh tanya aku sedih sebab apa.
"dia putus dengan aku, mestilah aku sedih. dah lama tau aku dengan dia."
Husna menarik bantal di atas katil. Bantal dipeluk kemas.
"Fasha,kalau dah lama dia nakkan kau dia tak akan tinggalkan kau. Dan jugak, kalau dia nakkan kau dia akan jumpa mak bapak kau."
Fasha mencebik. Benda yang sama didengar berulang kali.
"kenapa cebik-cebik tu? salah eh apa yang aku cakap."
"tak, ayat kau tu. sama dengan semua orang."
Husna tergelak. Ada pulak macam tu.
"Sha, kau cuba hitung berapa bulan kau couple dengan dia, dan berapa banyak dosa kau dengan dia."
Fasha hanya tunduk ke lantai. Air mata yang dari tadi mengalir masih tak berhenti.
"Sha, aku bukan marah kau tau. aku cuma try nak betulkan sikit konsep bercinta ni."
Fasha merenung muka Husna meminta kepastian.
"Kau pernah cakap kan bercinta tu tak salah. Asalkan jaga batasan. Tapi Sha, apa yang dikatakan menjaga batasan tu? menjaga batasan pergaulan? agar tak bercampur? Sebenarnya, bercinta apa yang tak menggunakan mesej sebagai media perantaraan dan bercinta apa yang tidak pernah keluar untuk dating. kan?"
Fasha mengangguk lagi. Ada benarnya kata Husna. Bercinta apa yang menjaga batasan? Husna mengelap air mata di pipi Fasha.
"sudahlah, buruk je kau nangis. Jangan sedih. Allah kan ada. Aku pun ada di belakang kau."
Fasha tersenyum. Betul la apa yang orang cakap. Kawan yang sentiasa di belakang kita adalah kawan yang membawa kita ke arah Redhanya. Fasha bangun memeluk Husna.
"Aku sayang kau kerana Allah."

No comments: